Terdapat 3 kumpulan profil yang akan dinilai di MHO Eyecare melalui pemeriksaan Visual Eye Profiling (VEP).
Pemeriksaan ini merangkumi penilaian ke atas 3 sistem utama yang menentukan kesihatan mata kita secara menyeluruh.

Eye Refractive Profile

Bahasa mudahnya ‘cek power’ rabun dan ‘silau’.

Learn More

Eye Neurofunctional Profile (Pemeriksaan 17 Skil Visual)

Bahasa mudahnya keupayaan mata untuk bekerja ‘lama-lama’ tanpa rasa stress.

Learn More

Eye Structural Profile

Bahasa mudahnya pengesanan penyakit mata.

Learn More
Apabila skor profil kesihatan mata yang lengkap telah direkodkan, Pakar Optometris kami akan merancang penyelesaian yang terbaik untuk membantu klien dari segi.

Khidmat Nasihat 'Lifestyle/Behaviour Modification'

Tidak perlu menempah cermin mata, cuma perbaiki cara gunakan mata dalam kerja-kerja seharian.

Learn More

Cermin Mata/Kanta Sentuh
‘Tailor Made’

Jika perlu, pemakaian cermin mata yang ‘tailor made’ mengikut skor profil mata akan dicadangkan. Beberapa pilihan akan diberikan mengikut bajet klien.

Learn More

Program Visual Training

Untuk rawatan susulan, Program Visual Training akan dicadangkan bertujuan untuk ‘menaiktaraf’ sistem penglihatan ke arah memiliki profil yang berprestasi tinggi.

Learn More

Rujukan Ke Oftalmologis

Rujukan kepada Oftalmologis akan diaturkan jika penyakit mata yang kronik dikesan supaya klien boleh mendapatkan rawatan dengan segera dalam bentuk pembedahan atau preskripsi ubatan.

Learn More

Rawatan Alternatif

Rawatan alternatif kepada masalah mata spesifik seperti Aplikasi Kanta Anti Miopia (Ortho-K), Kanta Sentuh Rekabentuk Khas dan sebagainya.

Learn More

Pakar Rawatan Mata Malas

Rawatan mata malas akan lebih berefektif jika dimulakan pada peringkat awal. Masa yang terbaik untuk megenalpasti jika seseorang itu mengalami mata malas atau amblyopia ada semasa zaman kanak-kanak. Walaupun kanak-kanak berumur 7 hingga 17 tahun memberi repons terhadap rawatan ini, masa terbaik untuk dapatkan keputusan terbaik adalah bila rawatan dimulakan seawal 7 tahun. Rawatan mata malas lebih efektif bila ia dilakukan pada peringkat awal kerana pautan saraf antara mata dengan otak masih berkembang. Kami amat menggalakkan anda untuk melakukan rawatan mata keseluruhan apabila anak anda berumur 3-5 tahun untuk memastikan mereka 

tidak menghidap sebarang penyakit mata yang serius.  Rawatan mata malas kami bertujuan untuk melatih otak kanak-kanak menggunakan mata yang lebih lemah. Rawatan ini akan dilakukan selepas kami membuat ujian mata yang menyeluruh untuk menganalisa sejauh mana peglihatan mata anak anda terjejas. Kami mungkin mengesyorkan tompok mata, kanta pembetulan, penapis Bangerter atau titisan mata. Di MHO Eyecare, kami bukan sahaja menyediakan rawatan untuk kanak-kanak tetapi juga rawatan mata malas untuk orang dewasa di Malaysia. Rawatan kami sering dirawat dengan gabungan kanta preskripsi, terapi penglihatan, dan tampalan.

Belum Bersedia Untuk Mengunjungi Kami Kerana
Perlukan Lebih Maklumat?

Pasukan Perkhidmatan Pelanggan Professional Kami Sedia Menjawab Pertanyaan Anda Dalam Talian. Perkhidmatan Konsultasi Online (Melalui Aplikasi Online Meeting) Bersama Pakar Optometris Kami Juga Boleh Diaturkan.

Hubungi Kami
0/5 (0 Reviews)