Pusat Penjagaan Mata Penglihatan
Sejak penubuhannya, MHO Eyecare (Masdi Hazli Optometrist) telah berkembang menjadi salah satu pusat penjagaan mata yang terkenal. Kami bukan sahaja menjual cermin mata, malah kami juga menawarkan penyelesaian bagi masalah penglihatan yang dialami oleh pelanggan kami melalui rawatan. Kemudahan dan rawatan kami adalah setanding dengan pusat penjagaan mata yang terbaik di negara ini serta bertaraf antarabangsa. Sebagai salah satu pusat penjagaan mata yang terkenal di Malaysia, kami menawarkan perkhidmatan rawatan penglihatan yang bakal dilaksanakan oleh optometris profesional kami yang berpengalaman, terlatih, dan mahir dalam penggunaan peralatan canggih. Selain itu, kami juga menawarkan perkhidmatan yang berkualti tinggi, pada harga yang berpatutan.
Falsafah Kami MHO Eyecare
Penerapan seni konsultasi penjagaan mata berteraskan sains di sebalik bagaimana sistem melihat itu sendiri berfungsi. Kami sentiasa komited dalam usaha menyampaikan maklumat kepada klien mengenai keperluan menjalani pemeriksaan mata yang lengkap sebelum menempah sepasang cermin mata. Pemeriksaan mata LENGKAP ini termasuk juga prosedur-prosedur untuk mengukur dan menilai parameter serta ukuran tertentu pada mata selain dari pengukuran nilai rabun dan silau yang biasa diukur di kedai-kedai cermin mata konvensional.
17 skil visual atau pun istilah kolektifnya sistem Neurofunctional pada mata sangat penting untuk dinilai supaya Pakar Optometris kami di MHO Eyecare dapat mendapatkan idea bagaimana cara mata anda bekerja setiap hari samaada dalam keadaan optimum ataupun sentiasa dalam keadaan stress. Melalui penilaian 17 skil visual ini juga, optometrist berkepakaran kami juga mampu menentukan metodologi bantuan, rawatan serta latihan bagaimana cara mata kita melihat mampu dioptimumkan untuk masa akan datang dalam konteks melakukan aktiviti-aktiviti seharian. Strategi pencegahan juga boleh digariskan oleh optometrist berkepakaran kami sebagai panduan bagi klien untuk menjaga kesihatan mata mereka dengan lebih baik.
17 skil visual atau sistem neurofunctional ini termasuk dalam salah satu dari 3 profil yang akan dinilai di dalam prosedur pemeriksaan Visual Eye Profiling (VEP) yang direka bentuk khas untuk klien-klien MHO Eyecare.
Belum Bersedia Untuk Mengunjungi Kami Kerana
Perlukan Lebih Maklumat?
Pasukan Perkhidmatan Pelanggan Professional Kami Sedia Menjawab Pertanyaan Anda Dalam Talian. Perkhidmatan Konsultasi Online (Melalui Aplikasi Online Meeting) Bersama Optometrist Berkepakaran Kami Juga Boleh Diaturkan.