Pemulihan Penglihatan: 3 Cara Rawatan Mata Malas

Mata malas merupakan istilah perubatan untuk keadaan dimana terdapat kekurangan koordinasi antara kedua-dua mata individu yang mengalaminya. Hasilnya, setiap mata akan menerima imejnya sendiri. Kesannya, otak hanya berkomunikasi dengan satu mata untuk mengimbangi penglihatan tersebut; sambil mematikan fungsi mata yang lain. Keadaan ini dikenali sebagai ‘mata malas’. Malangnya, mata malas tidak mampu mencapai penglihatan yang jelas walaupun dengan pembetulan optik.

Bolehkah terapi penglihatan membantu bagi masalah mata malas? Terapi penglihatan adalah program rawatan untuk memulihkan pelbagai masalah mata; termasuklah mata malas. Rawatan ini bukanlah seperti cermin mata atau pembedahan mata – dimana ia mengimbangi masalah penglihatan. Terapi penglihatan mendidik mata untuk membaiki dirinya sendiri.

Apakah Punca Ambliopia?

Punca biasa masalah mata malas adalah rabun dekat, rabun jauh, atau astigmatisme yang dibiarkan serta tidak dibetulkan untuk tempoh yang berlarutan semasa zaman kanak-kanak. Apabila otak menerima imej yang kabur dan yang jelas serentak, ia mula mengabaikan imej yang kabur. Setelah beberapa lama, otak mula mengabaikan mata yang lebih lemah dan kemudiannya menyebabkan penglihatan berkurangan yang tidak dapat diperbetulkan.

Satu lagi punca biasa ambliopia ialah strabismus. Strabismus biasanya dikenali sebagai mata juling. Ia merupakan keadaan dimana salah jajaran terjadi kepada mata; apabila sebelah mata memandang ke dalam, ke keluar, ke atas, atau ke bawah. Pesakit strabismus bergelut untuk memfokuskan pada satu imej. Akibatnya, otak mengabaikan imej dari mata juling yang akhirnya menjadi mata malas.

Selain itu, ambliopia boleh berlaku disebabkan oleh halangan yang menghalang rangsangan visual. Ianya boleh terjadi apabila kelopak mata terkulai, mempunyai katarak, atau kekeruhan kanta jernih di mata. Ambliopia mungkin boleh hilang ataupun berterusan walaupun selepas penghalang tersebut disingkirkan.

Adakah Mata Malas Genetik?

Ya. Mata malas boleh diwarisi dari genetik. Oleh itu, cara yang terbaik adalah dengan membuat pemeriksaan dengan doktor mata dari kelahiran anak anda sehinggalah mereka dewasa untuk memastikan otak dan mata mereka dapat membentuk hubungan yang baik. Walau bagaimanapun, hubungan ini mungkin ditangguhkan apabila penglihatan pada salah satu atau kedua-dua mata tersebut terhalang. Kesannya, penglihatan daripada salah satu mata menjadi lebih malap daripada mata yang lain. Lama-kelamaan, otak telah mempelajari untuk mengabaikan imej yang malap dan mata tersebut menjadi semakin malas (tidak digunakan).

Tiga Jenis Rawatan untuk Mata Malas

1. Menggunakan Penutup Mata

Mata yang berfungsi dengan “baik” ditutup dengan pelekat khas selama beberapa jam sehari, dalam tempoh beberapa bulan. Ianya dilakukan supaya mata yang “malas” itu terpaksa bekerja.

Kelebihan:

Rawatan yang mudah dan murah berbanding rawatan lain

Kelemahan:

  • Mengambil masa kerana otak sudah terbiasa menggunakan mata yang lebih baik. Apabila pelekat dikeluarkan dari mata yang lemah, otak akan kembali menggunakan mata yang lebih baik.
  • Pengalaman yang tidak menyenangkan. Ia menjadikan penglihatan lebih teruk kerana mata yang baik dijauhkan daripada pesakit.

2. Ubat Titis Mata

Ubat titis mata atropin boleh digunakan untuk menyukarkan mata “baik” melihat dengan betul buat sementara waktu. Ubat ini akan mengembangkan anak mata dan mengebaskan otot mata yang baik, lalu menyebabkan kanta tidak dapat fokus selama beberapa jam. Oleh yang sedemikian, mata yang lemah terpaksa fokus pada imej atau benda yang dilihat.

Kelebihan:

Tidak memerlukan pengawasan berterusan daripada ibu bapa atau pesakit

Kelemahan:

Boleh menyebabkan kerengsaan mata, kemerahan mata, dan sakit kepala

3. Terapi Penglihatan

Terapi ini merupakan rawatan mata malas dimana pesakit akan diajar untuk menggunakan kedua-dua mata serentak dengan betul supaya mampu menghilangkan masalah mata malas.

Kelebihan:

Rawatan yang berkesan tanpa pembedahan

Kelemahan:

  • Memerlukan amalan senaman mata yang kerap
  • Perlu kerjasama yang baik antara ahli terapi dan pesakit

Punca ambliopia biasanya digunakan menentukan rawatan yang sesuai. Oleh itu, pengesanan awal adalah penting. Bagi mencapai hasil yang positif, mendapatkan rawatan yang sesuai untuk mata, mematuhi terapi, dan menjalankan pemantauan berkala adalah penting. Jika ambliopia tidak dirawat secepat mungkin, penglihatan mata tersebut mungkin akan terjejas secara kekal.

Langkah pertama untuk merawat mata malas adalah dengan menjadualkan penilaian penglihatan. Ianya berfungsi untuk menentukan sejauh mana masalah penglihatan tersebut menyumbang kepada kesukaran penglihatan anak anda. Sekiranya anda hendak mendapatkan keterangan lebih lanjut atau ingin menetapkan janji temu dengan Dr Masdi, sila hubungi kami. Kami bersedia untuk membantu anda.

0/5 (0 Reviews)