Optometri Bumiputera Pilihan Anda

Anda mempunyai masalah mata? Jika mata anda sering rasa tidak selesa, silau dan sensitif terhadap cahaya. Ini mungkin merupakan salah satu petanda anda mengalami masalah penglihatan. 

Jangan biarkan masalah anda jadi semakin serius. Kunjungi Optometri Bumiputera Masdi Hazli untuk berbincang tentang masalah anda.

Di Optometri Bumiputera ini, anda bukan sahaja boleh melakukan pemeriksaan ke atas kesihatan mata dan penglihatan anda, malah anda juga akan diberikan cadangan rawatan dan pengurusan yang holistik.

Masalah seperti silau adalah disebabkan imej yang terbentuk lebih dari satu titik fokus oleh permukaan kornea yang tidak rata. Apabila hal ini berlaku, cahaya yang masuk tidak dapat difokuskan pada satu titik sahaja lalu membentuk imej yang kurang jelas. 

Masalah ini boleh berlaku kepada semua peringkat usia, termasuklah kanak-kanak. Sekiranya anda lihat anak-anak anda kerap menggosok mata mereka semasa sedang menonton televisyen atau membaca, ia bererti mereka mengalami masalah penglihatan.

Jadi, tanpa berlengah, mari kita lihat antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh Masdi Hazli Optometri Bumiputera.

Pemeriksaan Lengkap Mata Dan Penglihatan

Pemeriksaan lengkap merangkumi pemeriksaan struktur dan juga fungsi sistem penglihatan. Masdi Hazli Optometri Bumiputera menyediakan alat pemeriksaan yang lengkap bagi pelbagai pemeriksaan seperti:

1) penilaian tahap refraktif mata untuk memberi preskripsi kaca mata;

2) penilaian mata untuk pemakaian kanta sentuh,

3) penilaian tahap penglihatan dua mata (binokular) yang melibatkan masalah-masalah juling, mata malas, mata letih dan sebagainya;

4) saringan tahap kesihatan mata dan pengesanan potensi kewujudan penyakit-penyakit mata, dan

5) ujian tahap penglihatan sebelum memberi preskripsi alat bantuan penglihatan terhad bagi pesakit ‘low vision’ (hampir buta).

Cermin Mata dan Kanta Sentuh

Selepas pemeriksaan, anda boleh mendapatkan nasihat pakar di Masdi Hazli Optometri Bumiputera bagi pemilihan cermin mata dan kanta sentuh. Terdapat banyak faktor yang penting dalam memilih cermin mata, terutamanya untuk pengguna cermin mata kali pertama. Antara faktor yang anda perlu pertimbangkan sendiri sebelum membuat pemilihan adalah seperti kepadanan wajah anda dengan bingkai, bahan buatan bingkai yang tidak menimbulkan simptom alahan, tujuan pemakaian, serta kepadanan warna bingkai dengan kulit anda. 

Walau bagaimanapun, terdapat faktor-faktor pemilihan cermin mata yang memerlukan bantuan pakar seperti jenis cermin mata yang benar-benar sesuai dengan tujuan pemakaian anda, baik untuk memandu, membaca, menghadap komputer dan sebagainya. Masdi Hazli Optometri Bumiputera berpengalaman dan profesional dalam mengakses keadaan pengguna dengan teliti dan mengesyorkan cermin mata yang sesuai.

Rawatan Visual Stress/Migraine

Masdi Hazli Optometri Bumiputera juga menyediakan kaedah terapeutik untuk sakit kepala tanpa sebarang penggunaan ubat-ubat mahupun pembedahan. Atas dasar 80% proses belajar dan menjalani aktiviti seharian berkait rapat dengan deria melihat, kedai cermin mata Masdi Hazli telah banyak membantu pelajar-pelajar serta individu-individu lain untuk belajar dan menikmati gaya hidup dengan lebih gembira tanpa cepat rasa letih, pening kepala, dan yang penting, proses prestasi belajar dan bekerja yang lebih produktif.

Terapi Penglihatan

Masdi Hazli Optometri Bumiputera adalah pakar dalam rawatan terapi penglihatan atau ‘vision therapy’ yang khusus untuk meningkatkan skil sensori ke arah berprestasi tinggi.

Jika cermin mata berfungsi untuk menjelaskan penglihatan, vision therapy dipreskripsikan untuk ‘calibrate’ semula hubungan mata dan otak supaya maklumat visual dari proses belajar dan aktiviti harian yang diterima oleh mata dapat diproses dengan lebih efisien oleh otak.

Kaedah yang juga dipanggil Behavioural Visual Training ini diolah hasil dari kajian 60 tahun dalam bidang Sains Penglihatan (Vision Science) dan juga input dari kajian terkini dalam bidang Sains Fungsi Otak Saraf (Neuroscience).

Latihan yang diberikan akan membetulkan ‘software’ sistem visual yang menyebabkan anak-anak susah belajar, dan golongan yang bekerja menggunakan peranti digital tidak mampu bertahan lama dalam meneruskan aktiviti harian.

Dalam erti kata lain, Vision Therapy merupakan rawatan alternatif kepada kes-kes seperti juling, migrain, vertigo, mata malas, stres visual, kesukaran pembelajaran, kecederaan traumatik pada otak dan sebagainya.
Jadikan Masdi Hazli Optometri Bumiputera pilihan anda! Hubungi 0197505369 atau e-mel masdihazli@gmail.com bagi sebarang pertanyaan atau membuat tempahan. Kedai cermin mata Masdi Hazli bertempat di alamat No 167-G, Jalan PUJ 3/9, Taman Puncak Jalil, 43300, Seri Kembangan, Selangor dan beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat pada jam 11 pagi hingga 9 malam, serta hari Sabtu dan Ahad pada jam 10 pagi hingga 9 malam. Anda juga boleh melayari laman web http://masdihazliopto.com/ untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.

0/5 (0 Reviews)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *