penyelesaian terhadap masalah pada mata dan penglihatan boleh juga datang dalam bentuk preskripsi cermin mata custom yang akan digandingkan dengan sesi latihan khas pada sistem penglihatan (Behavioural Vision Therapy), kanta sentuh custom (Ortho-K, RGP), Modul Lifestyle Modification serta banyak lagi.
Namun, sebelum dapat memberi rawatan yang spesifik dan unik, kami di MHO Eyecare perlu menilai terlebih dahulu profil penglihatan spesifik setiap klien. Mengambil cap jari sebagai analogi, setiap individu dari kanak-kanak hinggalah warga emas mempunyai profil mata yang berbeza. Tiada seorang pun mempunyai profil mata yang sama di dalam dunia ini. Oleh itu, data mengenai profil mata dan penglihatan ini sangat penting dalam usaha kami memberikan penyelesaian dan pengurusan holistik kepada klien.
Eye Refractive Profile
Bahasa mudahnya ‘cek power’ rabun dan ‘silau’.
Eye Neurofunctional Profile (Pemeriksaan 17 Skil Visual)
Bahasa mudahnya keupayaan mata untuk bekerja ‘lama-lama’ tanpa rasa stress.
Eye Structural Profile
Bahasa mudahnya pengesanan penyakit mata.
Khidmat Nasihat 'Lifestyle/Behaviour Modification'
Tidak perlu menempah cermin mata, cuma perbaiki cara gunakan mata dalam kerja-kerja seharian.
Cermin Mata/Kanta Sentuh ‘Tailor Made’
Jika perlu, pemakaian cermin mata yang ‘tailor made’ mengikut skor profil mata akan dicadangkan. Beberapa pilihan akan diberikan mengikut bajet klien.
Program Visual Training
Untuk rawatan susulan, Program Visual Training akan dicadangkan bertujuan untuk ‘menaiktaraf’ sistem penglihatan ke arah memiliki profil yang berprestasi tinggi.
Rujukan Ke Oftalmologis
Rujukan kepada Oftalmologis akan diaturkan jika penyakit mata yang kronik dikesan supaya klien boleh mendapatkan rawatan dengan segera dalam bentuk pembedahan atau preskripsi ubatan.
Rawatan Alternatif
Rawatan alternatif kepada masalah mata spesifik seperti Aplikasi Kanta Anti Miopia (Ortho-K), Kanta Sentuh Rekabentuk Khas dan sebagainya.
Pakar Rawatan Mata Malas
Rawatan mata malas akan lebih berefektif jika dimulakan pada peringkat awal. Masa yang terbaik untuk megenalpasti jika seseorang itu mengalami mata malas atau amblyopia ada semasa zaman kanak-kanak. Walaupun kanak-kanak berumur 7 hingga 17 tahun memberi repons terhadap rawatan ini, masa terbaik untuk dapatkan keputusan terbaik adalah bila rawatan dimulakan seawal 7 tahun. Rawatan mata malas lebih efektif bila ia dilakukan pada peringkat awal kerana pautan saraf antara mata dengan otak masih berkembang. Kami amat menggalakkan anda untuk melakukan rawatan mata keseluruhan apabila anak anda berumur 3-5 tahun untuk memastikan mereka
tidak menghidap sebarang penyakit mata yang serius. Rawatan mata malas kami bertujuan untuk melatih otak kanak-kanak menggunakan mata yang lebih lemah. Rawatan ini akan dilakukan selepas kami membuat ujian mata yang menyeluruh untuk menganalisa sejauh mana peglihatan mata anak anda terjejas. Kami mungkin mengesyorkan tompok mata, kanta pembetulan, penapis Bangerter atau titisan mata. Di MHO Eyecare, kami bukan sahaja menyediakan rawatan untuk kanak-kanak tetapi juga rawatan mata malas untuk orang dewasa di Malaysia. Rawatan kami sering dirawat dengan gabungan kanta preskripsi, terapi penglihatan, dan tampalan.
Belum Bersedia Untuk Mengunjungi Kami Kerana
Perlukan Lebih Maklumat?
Pasukan Perkhidmatan Pelanggan Professional Kami Sedia Menjawab Pertanyaan Anda Dalam Talian. Perkhidmatan Konsultasi Online (Melalui Aplikasi Online Meeting) Bersama Pakar Optometris Kami Juga Boleh Diaturkan.