Rahsia Terapi Visual

Terapi Visual atau Vision Therapy adalah salah satu kaedah dalam merawat masalah penglihatan dan masih ramai lagi antara kita yang tidak tahu rahsia Terapi Visual ini. Di Australia, New Zealand dan UK adalah antara negara terawal menggunakan kaedah ini. Tidak hanya bergantung kepada cermin mata biasa, terapi ini adalah untuk memantapkan kemahiran penglihatan bagi mereka yang ada masalah dengan penglihatan sehingga apa jua aktiviti dapat dilakukan secara semulajadi tanpa tekanan atau stress. 

Apakah Rahsia Terapi Visual Ini?

Jika cermin mata digunakan untuk pengidap rabun jauh atau rabun dekat melihat dengan lebih jelas, Terapi Visual pula adalah satu kaedah yang digunakan untuk menentukur atau dalam bahasa lainnya “calibrate” semula hubungan mata dan otak supaya dapat membaca, menulis, memandu dan menggunakan mata dengan betul. 

Kaedah ini juga dipanggil sebagai Behavioural Visual Training terhasil daripada 60 tahun kajian dalam bidang Sains Penglihatan (Vision Science) dan input dari kajian yang terkini dalam bidang Sains Fungsi Otak/Saraf (Neuroscience)

Senang kata, simptom ni adalah keadaan apabila mata dan otak yang tak synchorize . Kadang-kadang kita tak perasan atau tak tahu pun sebenarnya kita ada masalah penglihatan. Masalah penglihatan selain dari rabun dekat atau jauh ni tidak terhad kepada kanak-kanak sahaja tau, orang dewasa juga boleh menghidapinya. Perhatikan jika anak-anak atau anda sendiri ada mengalami simptom seperti:-

  • Sakit kepala atau mata penat
  • Double vision atau penglihatan berganda
  • Meneleng kepala semasa membaca atau menonton televisyen
  • Melangkau baris atau perkataan ketika membaca
  • Sering terlanggar sesuatu ketika berjalan
  • Masalah untuk menangkap bola

Jika ya, ada mengalami masalah ini atau salah satu daripadanya, bermakna anda mungkin memerlukan rawatan rahsia Terapi Visual. Anda boleh berhubung terus dengan Klinik Vision Therapy Mazdi Hazli Optometrist untuk penilaian selanjutnya.

Nama pun terapi tapi tak adalah yang macam sesi kaunseling ataupun sesi urut-mengurut macam dalam spa pula kan? Berdasarkan kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, terapi bermaksud rawatan suatu penyakit fizikal atau mental dimana proses pemulihannya tanpa menggunakan ubat atau pembedahan. 

Ya, rahsia Terapi Visual tidak memerlukan pembedahan, jadi tak perlu takut untuk dapatkan rawatan daripada optometrist. Ianya sangat membantu mata bekerja dengan lebih baik, melihat dengan lebih selesa, prestasi kerja atau pembelajaran juga lebih cemerlang. 

Golongan yang Memerlukan Rawatan Rahsia Terapi Visual

Tidak semua yang mengalami masalah seperti di bawah memerlukan rawatan rahsia Terapi Visual, beberapa penilaian secara menyeluruh oleh pakar optometrist cara mata berfungsi perlu dilakukan terlebih dahulu. 

Antara diagnosis yang boleh dirawat adalah:-

  • Mata malas atau lazy eyes. Bahasa saintifiknya “Amblyopia” 
  • Juling (kelihatan jelas –  Strabismus atau tidak kelihatan – Foria)
  • Masalah visual stress yang membawa masalah seperti migrain, sakit kepala dan vertigo
  • Masalah pembelajaran yang kerap disalah label sebagai disleksia atau ADHD
  • Traumatik Brain Injury akibat kemalangan 

Justeru itu, jika masalah ini dapat dikesan dengan lebih awal terutama dalam kalangan kanak-kanak di bawah 10 tahun, ia lebih mudah dirawat. Ini tak bermaksud orang dewasa tidak boleh dirawat, tetapi mungkin mengambil masa yang lebih panjang. Namun kejayaan rawatan rahsia Terapi Visual ini juga benar-benar bergantung kepada kemampuan individu dan juga orang sekeliling kerana otak mempunyai kebolehan ‘Neuroplasticity’, dimana otak boleh berubah untuk belajar perkara baharu berdasarkan rangsangan dan latihan yang diterima. Di Klinik Vision Therapy Masdi Hazli Optometrist, kami sangat komited dalam usaha membantu klien untuk mewujudkan dunia pembelajaran dan pekerjaan berprestasi tinggi. Jika anda ada mengalami simptom atau ingin membuat pemeriksaan, jangan teragak-agak untuk menghubungi Masdi Hazli di laman web kami https://masdihazliopto.com/.

0/5 (0 Reviews)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *