Sekiranya anda sedang mencari rawatan mata juling tanpa pembedahan, maka blog ini ada jawapannya. Juling adalah keadaan dimana kedua-dua mata tidak sejajar apabila melihat sesuatu objek. Strabismus adalah istilah perubatan untuk keadaan ini. Kebanyakan orang sering menyebutnya sebagai mata malas atau mata silang. Namun begitu, keadaan salah jajaran pada mata ini berlaku kerana ketidakpadanan; dimana ia merupakan ketidakupayaan mata untuk memfokus pada titik tertentu dalam jarak dengan betul.
Siapakah Yang Selalunya Menghidapi Mata Juling?
Keadaan mata juling boleh mengakibatkan penglihatan berganda, kekurangan persepsi kedalaman, atau kehilangan penglihatan secara keseluruhannya sekiranya ia tidak dirawat. Mata juling paling kerap berlaku pada bayi dan kanak-kanak. Punca utamanya adalah warisan (penyakit keturunan) atau masalah semasa perkembangan fizikal kanak-kanak. Juling mata berlaku paling kerap apabila berlakunya gangguan komunikasi antara otak kanak-kanak dengan saraf dan otot matanya. Orang dewasa yang mengalami strok, kencing manis, atau sebarang jenis trauma kepala juga boleh mengakibatkan mata mereka menjadi juling.
3 Senaman Rawatan Mata Juling
Pada mulanya, cermin mata yang ditetapkan perlu digunakan untuk merawat mata juling atau mata malas. Walau bagaimanapun, jika keadaannya telah berkembang, maka doktor mungkin akan mengesyorkan pembedahan mata juling. Namun begitu, senaman juga boleh membantu sebagai langkah tambahan kepada terapi yang ditetapkan sekiranya keadaan itu dikenal pasti semasa individu tersebut masih kanak-kanak. Anda boleh membantu dalam pemulihan daripada mata juling dengan melakukan senaman seperti berikut:
1. Tekan Tubi Pensel
Ia adalah senaman okulus yang mudah, dimana anda cuba menyasarkan pandangan dengan kedua-dua mata anda pada titik tetap. Ia juga dikenali sebagai senaman penumpuan titik dekat. Oleh itu, anda hendaklah mengikuti langkah berikut untuk melengkapkan senaman ini;
- Mulakan dengan menghulurkan tangan anda ke hadapan dan menghalakan pensel jauh dari anda.
- Kemudian, tumpukan pandangan anda pada pemadam (yang terdapat pada pensel tersebut) atau sebarang nombor di sisinya.
- Selepas itu, gerakkan pensel ke arah batang hidung anda secara perlahan-lahan.
- Kekalkan tumpuan anda pada pensel selama mungkin.
- Berhenti memfokus hanya apabila penglihatan anda menjadi kabur.
- Ulangi aktiviti ini seberapa banyak yang disyorkan oleh pakar mata juling anda.
2. Tali Brock
Dapatkan tali sepanjang 5 kaki dengan tiga manik yang berwarna berbeza untuk latihan ini. Kemudian,
- Pasang hujung tali pada objek yang tidak bergerak, seperti belakang kerusi.
- Selepas itu, kekalkan jarak yang sama antara manik.
- Pegang hujung tali yang satu lagi dengan kuat pada hidung anda.
- Alihkan perhatian anda dari manik ke manik. Semasa anda berbuat demikian, anda harus memberi tumpuan yang konsisten.
- Manik yang anda lihat akan menyerupai persilangan dua tali yang sama dengan dua manik yang berlainan. Ia akan menciptakan corak X.
- Semasa anda memfokus pada semua manik, pastikan anda boleh melihat ‘X’ tersebut.
- Akhir sekali, susun semula manik dan tali. Seterusnya, ulangi senaman ini semula.
3. Barrel Cards
Barrel cards adalah senaman mata juling luaran yang popular. Anda harus melakukan perkara berikut untuk melaksanakan senaman ini.
- Untuk permulaan, lukiskan tiga tong berwarna merah dengan saiz yang semakin meningkat pada satu sisi kad.
- Kemudian, ulangi proses tersebut menggunakan warna hijau pada bahagian kad yang bertentangan.
- Seterusnya, pegang kad dalam keadaan menegak di hadapan hidung anda. Pastikan gambar tong terbesar di sudut yang paling jauh.
- Perhatikan gambar tong yang paling jauh sehinggalah ia kelihatan seperti satu imej yang mempunyai kedua-dua warna, serta imej tong yang lain kelihatan berganda.
- Akhir sekali, tahan tumpuan anda selama 5 saat.
- Ulangi proses tersebut dengan tumpuan pada imej tong di tengah dan imej tong yang paling kecil.
Kami berharap artikel ini memeberi informasi yang mencukupi kepada anda yang sedang mencari rawatan bagi mata juling tanpa menjalani pembedahan. Hasil rawatan ini paling baik dilihat sekiranya masalah mata juling itu dikenal pasti pada usia muda. Jika mata juling anda dirawat melalui pembedahan atau terapi, ia boleh meningkatkan keyakinan diri anda. Kunjungi pusat kami secepat mungkin untuk mendapatkan pendekatan terbaik dan terancang untuk merawat sebarang masalah mata anda.