‘Vision Therapy’: Keistimewaan Kedai Cermin Mata Masdi Hazli Optometrist

Anda pernah menonton cerita Pirates of the Caribbean? Selalu kita lihat lanun-lanun dalam cerita tersebut memakai bermacam-macam jenis aksesori, bukan? Tahukah anda bahawa lanun-lanun zaman dahulu mempercayai bahawa penglihatan mereka boleh diperbaik dengan memakai anting-anting?? Walau bagaimanapun, ia hanyalah kepercayaan tahyul semata-mata. Sekiranya anda ada masalah penglihatan, jangan pula anda ke kedai barangan kemas! Pergilah ke kedai cermin mata Masdi Hazli Optometrist.

Kedai cermin mata ini merupakan sebuah pusat optometri yang menawarkan perkhidmatankhas ‘vision therapy’ atau terapi penglihatan. Kedai milik bumiputera ini terkenal dengan perkhidmatannya yang profesional dan cemerlang.

Pengasas Masdi Hazli Optometrist ini merupakan seorang graduan UKM berkelulusan Sarjana Muda Optometri (Kepujian) dan juga pakar dalam menggunakan kaedah rawatan ‘vision therapy’. Anda pasti akan berpuas hati dengan layanan dan perkhidmatan mereka sepanjang waktu anda berurusan di kedai ini!

Pemakai-pemakai cermin mata seringkali mengalami masalah-masalah yang sama. Power lens tak betul… selalu pening… silau… bingkai tak kena dengan muka… Pelbagai jenis isu ada! Tetapi, nak beritahu pekerja di kedai cermin mata itu, alahai… seganlah pula. Bukannya kita tahu cermin mata itu sesuai untuk kita ataupun tidak!

Pekerja di kedai pun kadang-kadang orang muda yang baru sahaja mula bekerja, tidak berpengalaman atau berpengetahuan luas. Bukan itu sahaja, lagi sukar apabila terpaksa berurusan dengan pekerja yang hanya ingin mengaut keuntungan dengan menyarankan pelanggan menempah bingkai dan kaca mata yang mahal!

Disebabkan hal ini, kedai Masdi Hazli Optometrist sangat berbesar hati untuk menjemput anda mengunjungi kedai mereka. Kedai ini bukan sahaja mementingkan kebaikan dan kepuasan anda sebagai pelanggan, malahan mereka juga mengutamakan keyakinan dan kepercayaan anda terhadap organisasi mereka. Masdi Hazli Optometrist menekankan prinsip “Kepercayaan anda amanah kami” di kedai mereka sebagai garis panduan matlamat organisasi itu.

Pekerja-pekerja di kedai ini dijamin mempunyai kelayakan dan pengalaman yang meluas untuk menjawab segala persoalan yang berputik di minda anda. Walaupun anda tidak bertanya sebarang soalan, pekerja-pekerja turut dilatih supaya sentiasa bersedia membantu dengan berkongsi pengetahuan mereka dengan harapan anda boleh membuat keputusan yang tepat dan sesuai untuk diri anda sendiri.

Mungkin anda tertanya-tanya… apakah faktor lain yang membuatkan kedai cermin mata ini istimewa? Biasalah, mana-mana peniaga pun akan mengaku “boleh dipercayai”, bukan?

Kedai ini bukan setakat jual cermin mata sahaja. Pakar-pakar optometri juga bersedia untuk memperbaik daya penglihatan anda menggunakan kaedah-kaedah yang sesuai.

Mungkin ada yang tidak tahu bahawa bukan semua masalah penglihatan boleh diselesaikan dengan menggunakan cermin mata. Kalau diikutkan, majoriti pemakai cermin mata meluahkan ketidakselesaan mereka untuk bergantung pada sepasang cermin mata untuk melihat. Masalah ini boleh diusahakan di kedai cermin mata Masdi Hazli Optometrist, di mana anda boleh dapatkan rawatan ‘vision therapy’ secara menyeluruh.

Apa sebenarnya ‘vision therapy’ ini ya??

Vision Therapy merupakan satu kaedah rawatan penglihatan yang diolah hasil dari kajian yang mengambil masa selama 60 tahun dalam bidang Sains Penglihatan dan juga input dari kajian terkini dalam bidang Sains Fungsi Otak dan Saraf.

Kaedah ini juga dipanggil sebagai Behavioural Visual Training. Ianya melibatkan latihan mata yang diberi untuk memperbetulkan ‘software’ sistem visual dimana kepincangan ‘software’ inilah yang menyebabkan kanak-kanak sukar belajar, dan golongan terutamanya yang bekerja menggunakan peranti digital tidak mampu bertahan lama untuk meneruskan aktiviti harian.

Dalam erti kata yang lebih jelas, cermin mata dipakai untuk membantu penglihatan anda yang kabur supaya tampak lebih jelas, manakala Vision Therapy pula dipreskripsikan untuk mengkoordinasi semula hubungan mata dan otak supaya maklumat visual dari proses belajar dan aktiviti harian yang diterima oleh mata dapat diproses dengan lebih efisien.

Pendek kata, Vision Therapy ialah rawatan alternatif kepada masalah-masalah seperti migraine, juling, mata malas, vertigo, kesukaran belajar, tekanan visual, kecederaan traumatik otak, dan pelbagai lagi!

Sebagai contoh, masalah mata malas melibatkan ketidakseimbangan kekuatan mata, dan penggunaan cermin mata yang berlainan di kedua-dua belah mata seringkali menyebabkan kemerosotan daya tumpuan serta kekerapan pening kepala. Dalam kes ini, sememangnya rawatan Vision Therapy ini amatlah disyorkan sebagai pilihan utama buat pelanggan yang mempunyai mata malas.

Anda rasa mata anda bermasalah? Pandangan kabur atau cahaya silau memeningkan kepala anda?? Kalau begitu, apa yang anda tunggu-tunggu lagi? Tak elok dibiarkan lama-lama. Penyelesaian yang anda cari ada di sini!

Kedai cermin mata Masdi Hazli Optometrist ini bertempat di No 167-G, Jalan PUJ 3/9, Taman Puncak Jalil, 43300, Seri Kembangan, Selangor.

Kedai optometri ini dibuka setiap hari, termasuklah Sabtu dan Ahad. Jadi, bolehlah anda membuat tempahan sesi rawatan pada bila-bila waktu operasi. Tiada lagi masalah temu janji bercanggah dengan waktu bekerja!Anda boleh hubungi kedai cermin mata Masdi Hazli Optometrist melalui Whatsapp+ di  0197505369, atau layari laman web mereka di http://masdihazliopto.com/ untuk mengaturkan jadual sesi temu janji anda. Anda juga boleh dapatkan maklumat terkini melalui laman Facebook mereka, “Kedai Cermin Mata Masdi Hazli Puncak Jalil”.

0/5 (0 Reviews)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *