Apa Itu ‘Vision Therapy’?

Vision therapy merupakan istilah yang diguna pakai oleh ahli-ahli optometri, di mana ia merupakan satu atau beberapa siri percubaan bagi meningkatkan kemahiran dan kebolehan visual atau penglihatan. Ahli optometri akan menentukan metode terapi bersesuaian setelah meneliti masalah yang dihadapi oleh individu terbabit. Ia juga berfungsi meningkatkan keselesaan, kecekapan dan kemudahan visual serta menukar cara memproses dan tafsiran maklumat oleh otak melalui visual. 

Visual therapy bukanlah proses yang boleh dilihat hasilnya dalam sekelip mata. Ia merangkumi proses di pusat terapi dan juga di rumah. Latihan yang ketat dan berdisiplin akan dilakukan selama beberapa minggu sehingga ke beberapa bulan bergantung kepada penerimaan individu.  Sebagai penambahan kepada proses latihan; kanta; cermin mata latihan, prisma, penapis, tampalan (patches), penggunaan mesin elektronik dan papan imbangan (balanced board), turut diguna pakai. 

Terdapat tiga kategori utama dalam vision therapy. 

  1. Orthoptic Vision Therapy

Merupakan satu siri latihan yang biasanya dijalankan setiap minggu sehingga ke beberapa bulan. Ia merupakan latihan mata untuk meningkatkan fungsi binokular. Individu akan dilatih di pusat terapi dan meneruskan latihan tersebut di rumah. Dalam kategori terapi ini, ahli ortoptik akan menilai dan mengukur tahap penyimpangan mata, menjalankan rawatan mata malas (ambliopia) serta rawatan penyimpangan mata dengan simptom tenggelam-timbul.  

  1. Terapi tingkah laku/persepsi penglihatan (behavioral/perceptual vision therapy), merupakan latihan mata untuk meningkatkan pemprosesan visual dan persepsi visual.
  1. Vision therpy untuk pencegahan atau pembetulan rabun (rabun jauh).

Vision therapy amat popular dikalangan kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran serta golongan dewasa yang saban hari menghadapi tugasan melibatkan penggunaan peranti digital. Bagi golongan kanak-kanak, ramai ibu bapa yang kurang prihatin tentang permasalahan ini. Mereka menyangka mustahil anak mereka mengalami masalah penglihatan hanya disebabkan penglihatan mereka yang amat baik, di mana menjangkakan masalah penglihatan di kalangan kanak-kanak adalah disebabkan faktor genetik. 

Sebenarnya ralat refraksi atau bahasa mudahnya rabun, bukan sahaja bergantung kepada masalah genetik tetapi juga melibatkan faktor persekitaran. Malah kajian juga membuktikan faktor persekitaran lebih banyak mendorong kepada permasalahan ini dikalangan kanak-kanak melebihi faktor yang dibawa oleh genetik. 

Amat sukar sebenarnya mengesan masalah penglihatan di kalangan kanak-kanak. Ini kerana mereka telah terbiasa dengan penglihatan kabur, tidak mengetahui yang penglihatan mereka boleh menjadi lebih jelas, dan telah menjadi rabun selepas satu jangka masa. Mungkin juga hanya sebelah mata sahaja yang mengalami masalah menyebabkan penglihatan yang kabur akan diatasi oleh penglihatan yang jelas pada mata yang satu lagi. 

Masalah penglihatan disebabkan ralat refraksi ini sekiranya dibiarkan lama mungkin akan membawa kepada masalah mata malas. Kejadian mata malas ataupun ambliopia menyebabkan masalah penglihatan gagal diatasi walaupun ralat mata telah dibetulkan sepenuhnya. Mata malas bilateral (masalah untuk kedua-dua mata) berlaku apabila ralat mata terlalu besar dan tidak dibetulkan untuk tempoh masa yang lama. Ia juga boleh disebabkan apabila kanak-kanak mengalami masalah katarak congenital, tidak dirawat dengan sebaik mungkin pada kadar segera. Masalah yang dibiarkan lama akan menyebabkan stimulus rangsangan yang lemah ke otak. 

Masalah ini mungkin akan berlarutan walaupun selepas pembedahan dan bantuan penglihatan seperti kanta sentuh atau cermin mata digunakan. Pasca pembedahan bagi katarak congenital, jika sekiranya hanya sebelah mata yang terlibat, mata malas tetap boleh juga berlaku untuk kedua-duanya disebabkan mata yang sihat akan bekerja kuat bagi membantu mata yang lemah selepas pembedahan tadi. 

Keadaan juling juga boleh menyebabkan mata malas berlaku. Bagi mata dengan masalah juling tetap, supresi atau tekanan kerap berlaku. Jadi sekiranya mata juling dapat dipulihkan, ianya tetap mempunyai penglihatan yang lemah disebabkan ketidakfungsian telah berlaku dalam jangka masa yang lama. Bagi juling yang jenis berselang-seli pula, tahap penglihatan bagi kedua-dua mata adalah sama, disebabkan kedua-dua mata berfungsi mengikut giliran. 

Mempunyai mata malas di kalangan kanak-kanak menyebabkan mereka akan mengalami masalah pembelajaran di dalam kelas terutamanya apabila mereka berada di kedudukan belakang, jauh daripada papan tulis. Mereka juga akan mengalami kesulitan dalam menganggar jarak dan kedalaman. Anak-anak yang mengalami masalah mata malas juga jika dibiarkan akan mengganggu aktiviti mereka ketika meningkat dewasa sebagai contoh bagi mendapatkan lesen kenderaan, memandu kenderaan dan melibatkan diri dalam sukan. 

Ini menjadi salah satu penyebab mengapa wujudnya Klinik Vision Therapy Masdi Hazli Optometrist; bagi membantu individu yang mengalami masalah ralat refraksi ini kembali menjalani kehidupan yang normal seperti yang sepatutnya. Vision therapy umpama melakukan tentukur atau ‘calibrate’ terhadap hubungan yang ada di antara mata; penglihatan, dan otak yang bertindak sebagai pentafsir maklumat. Latihan yang ditawarkan secara Behavioural visual training ini membolehkan golongan yang mengalami masalah penglihatan dapat menjalani kehidupan yang lebih baik selepas menjalani vision therapy untuk satu tempoh masa.

Dalam tempoh terapi, ia perlu dijalankan secara rutin dan berjadual mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Sekiranya terapi terhenti dalam selang masa yang lama, tahap penglihatan yang membaik akan menjadi lemah semula disebabkan bahagian dalam mata belum mencapai kestabilan yang optimum. 

Terapi oklusi; mata yang baik akan ditutup bagi memaksa mata yang lemah untuk bekerja, akan kerap digunakan dalam proses terapi tersebut. Pastikan ibu bapa sentiasa bersama bagi memastikan anak patuh semasa sesi terapi. Sekiranya mata memberi respons positif kepada aktiviti vision therapy yang dijalankan, masalah mata malas akan dapat diatasi dalam masa beberapa bulan.

Apa pun peranan ibu bapa bagi kanak-kanak yang mengalami masalah sebegini amatlah penting memandangkan kanak-kanak tidak mampu bersuara untuk diri mereka sendiri. Dengan ini, ibu bapa seharusnya peka dengan perubahan anak-anak bagi memastikan masalah ini tidak ditanggung dalam tempoh masa yang sangat lama.  

Anda berminat dengan vision therapy? Anda boleh datang ke Kedai cermin mata Masdi Hazli Optometrist yang bertempat di No 167-G, Jalan PUJ 3/9, Taman Puncak Jalil, 43300, Seri Kembangan, Selangor dan dibuka setiap hari, termasuklah Sabtu dan Ahad. Ini memudahkan anda untuk menempah sesi rawatan pada bila-bila masa operasi.Anda juga boleh hubungi Masdi Hazli Optometrist melalui Whatsapp di  0197505369, atau layari laman web mereka di http://masdihazliopto.com/. Selain itu, anda juga boleh dapatkan maklumat terkini melalui laman Facebook mereka, “Kedai Cermin Mata Masdi Hazli Puncak Jalil”.

0/5 (0 Reviews)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *