Cermin Mata Murah di Masdi Hazli Optometrist

Masalah penglihatan kurang jelas bukanlah suatu perkara yang asing. Lebih-lebih lagi dengan arus pemodenan semasa, kita terdedah dengan sinaran biru atau blue light oleh skrin gajet yang meyumbang kepada masalah ini. Masalah kedua pula muncul iaitu kesukaran mencari cermin mata murah untuk membantu penglihatan yang lebih jelas. 

Terdapat pelbagai punca terjadinya masalah penglihatan samaada rabun jauh, rabun dekat, atau silau. Namun, penyebab yang paling popular bagi masalah rabun jauh dan silau yang dialami oleh kebanyakan rakyat Malaysia pada hari ini dari kanak-kanak sehinggalah golongan belia ialah blue light

Ibu bapa khususnya merupakan pihak yang paling risau apabila anak-anak terpaksa memakai cermin mata. Ada yang terpaksa meminjam wang, menabung, dan sebagainya untuk membeli cermin mata yang berkualiti dan tahan lama. Senang kata, makin tinggi tahap rabun anak-anak, makin tinggi jugalah amaun yang perlu dikeluarkan oleh ibu bapa. 

Jika dahulu, ramai dapat menjaga kualiti penglihatan mata kerana kurang terdedah kepada sinaran ini, kini ia boleh dikatakan agak mustahil. Tambahan pula, anak-anak seawal usia 7 tahun telah mula didedahkan dengan gajet untuk pembelajaran atas talian. Tidak kurang juga golongan dewasa yang bekerja dari rumah dan menggunakan laptop selama berjam-jam.

Meskipun terdapat pelbagai cara untuk mengatasi masalah penglihatan kurang jelas atau rabun seperti lasik, ia melibatkan sejumlah wang yang banyak sekitar RM 3000 – RM 15000. Tentunya ramai yang tidak mampu untuk membiayai kos rawatan ini dan memilih alternatif memakai cermin mata yang juga berkesan untuk membantu penglihatan. 

Namun begitu, mencari cermin mata murah bukanlah mudah. Rata-rata kedai cermin mata menawarkan harga dalam lingkungan RM 200 ke atas, mengikut keperluan pemakai seperti anti-silau, anti-sinar biru, jenis rabun samaada jauh atau dekat, serta tahap rabun dan silau seseorang. 

Ramai turut bersetuju jika membeli cermin mata murah, pastinya tidak tahan lama kerana mudah patah, pecah, dan sebagainya. Tetapi, tahukah anda bahawa Masdi Hazli Optometrist ada menawarkan cermin mata murah pada kualiti yang tinggi?

Masdi Hazli Optometrist merupakan pusat optometri, cermin mata, dan terapi penglihatan milik bumiputera yang telah berjaya membantu memulihkan penglihatan ramai individu di Malaysia. Syarikat ini juga dipercayai ramai kerana kepakaran dan pengalamannya dalam merawat pelbagai jenis masalah penglihatan. 

Masdi Hazli Optometrist juga menawarkan 7 jenis servis lain selain cermin mata murah iaitu Pemeriksaan Mata Dan Penglihatan Lengkap, Rawatan Visual Stress dan Migrain, Rawaran Mata Malas, Rawatan Non-Invasive untuk Masalah Juling, Terapi Penglihatan, Konsultasi, Pemeriksaan Asas, Terapi, Serta Pengesanan. 

Pada masa yang sama, Mazli Hazli Optometrist juga amat memahami pelanggan yang menitikberatkan maklumbalas atau testimoni pelanggan terdahulu untuk lebih meyakinkan mereka dalam membuat pembelian. Usah risau kerana pusat optometrist ini menyediakan pelbagai bukti testimoni pelanggan yang amat berpuas hati dengan servis yang ditawarkan. 

Mereka juga bersifat terbuka dan sentiasa mengalu-alukan maklumbalas yang membina agar mereka dapat memberikan servis yang terbaik setanding antarabangsa. Semua ini dapat dilihat pada laman sesawang mereka di https://masdihazliopto.com/.

Memahami keadaan ekonomi semasa, Masdi Hazli Optometrist terus berusaha membantu rakyat Malaysia untuk memiliki cermin mata pada harga yang rendah tetapi berkualiti tinggi dengan menawarkan harga promosi yang amat berbaloi. Berita baik buat anda yang ingin mendapatkan cermin mata murah daripada Masdi Hazli Optometrist; kini mereka sedang mengadakan DUA PROMOSI yang menarik untuk anda. 

Pertama, Pakej Ekonomi RM100 sahaja untuk bingkai, kanta, dan pemerikaan mata lengkap. Kedua, Pakej RM 50 dan Percuma Dengan Tempahan Cermin Mata. iaitu pemeriksaan 8 skil visual kanak kanak yang penting untuk belajar. Promosi menarik ini menanti anda hanya di Masdi Hazli Optometrist. 

Dapatkan segera harga promosi cermin mata murah oleh Masdi Hazli Optometrist dengan menghubungi mereka di talian 019-7505369 atau e-mel masdihazli@gmail.com, samaada untuk bertanya apa jua soalan berkaitan servis dan harga atau mendapatkan temujanji awal.Anda juga boleh melayari laman sesawang mereka iaitu https://masdihazliopto.com/ untuk maklumat lanjut atau berkunjung terus ke lokasi mereka bertempat di No 167-G, Jalan PUJ 3/9, Taman Puncak Jalil, 43300, Seri Kembangan, Selangor.

0/5 (0 Reviews)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *