Rawatan Mata Kabur Kedai Cermin Mata Masdi Hazli Optometrist

Penglihatan merupakan satu anugerah dari Allah yang sangat penting. Tanpa penglihatan yang baik, akan suramlah dunia anda dan kuranglah nikmat memandang ciptaan Allah yang berbagai-bagai di dalam dunia ini. Antara masalah yang biasa dihadapi ialah masalah mata kabur. Jika anda mempunyai masalah ini, jangan risau kerana Masdi Hazli Optometrist ada menyediakan rawatan mata kabur. 

Selain daripada menjual cermin mata pelbagai reka bentuk dan jenama, pakar optometri Masdi Hazli Optometrist juga bersedia untuk memberikan anda pemeriksaan dan cadangan rawatan mata kabur. Rawatan ini khusus untuk memperbaiki daya penglihatan anda dengan mencadangkan serta menggunakan kaedah-kaedah yang sesuai.

Bukan semua masalah penglihatan boleh diselesaikan dengan pemakaian cermin mata sahaja. Kalau diikutkan, majoriti pemakai cermin mata ada meluahkan ketidakselesaan mereka untuk hanya bergantung pada sepasang cermin mata bagi mendapatkan penglihatan yang jelas. Jika anda mengalami masalah ini, anda dijemput untuk datang ke kedai cermin mata Masdi Hazli Optometrist, di mana anda boleh dapatkan khidmat nasihat dan rawatan mata kabur secara menyeluruh.

Kedai cermin mata ini merupakan antara salah sebuah pusat optometri yang menawarkan perkhidmatan khas rawatan mata kabur atau terapi penglihatan. Kedai milik bumiputera ini terkenal dengan perkhidmatannya yang profesional dan cemerlang.

Untuk pengetahuan anda, pengasas Masdi Hazli Optometrist ini merupakan seorang graduan UKM berkelulusan Sarjana Muda Optometri (Kepujian) dan juga pakar dalam memberikan perkhidmatan rawatan mata kabur. Anda pasti akan berpuas hati dengan layanan dan perkhidmatan mereka sepanjang anda berurusan di kedai ini!

Jadi jangan tunggu lagi! Masdi Hazli Optometrist sangat berbesar hati untuk menjemput anda mengunjungi kedai mereka. Kedai ini bukan sahaja mementingkan kebaikan dan kepuasan anda sebagai pelanggan, malahan mereka juga mengutamakan keyakinan dan kepercayaan anda terhadap organisasi mereka. Masdi Hazli Optometrist menekankan prinsip “Kepercayaan anda amanah kami” di kedai mereka sebagai garis panduan matlamat organisasi itu.

Pekerja-pekerja di kedai ini dilatih dengan baik serta mempunyai kelayakan dan pengalaman yang meluas untuk menjawab segala persoalan dan pertanyaan anda. Mereka sentiasa bersedia untuk membantu anda dengan berkongsi pengetahuan mereka dengan harapan anda boleh membuat keputusan yang tepat dan sesuai untuk diri anda sendiri.

Selain daripada faktor yang dinyatakan di atas, faktor lain yang membuatkan kedai cermin mata ini istimewa adalah tawaran rawatan “Vision Therapy”. Rawatan ini merupakan satu kaedah rawatan penglihatan yang diolah hasil dari kajian yang mengambil masa selama 60 tahun dalam bidang Sains Penglihatan dan juga input dari kajian terkini dalam bidang Sains Fungsi Otak dan Saraf.

Kaedah ini juga dipanggil sebagai Behavioural Visual Training. Ianya melibatkan latihan mata yang diberi untuk memperbetulkan ‘software’ sistem visual dimana kepincangan ‘software’ inilah yang menyebabkan kanak-kanak sukar belajar, dan golongan terutamanya yang bekerja menggunakan peranti digital tidak mampu bertahan lama untuk meneruskan aktiviti harian.

Dalam erti kata yang lebih jelas, cermin mata dipakai untuk membantu penglihatan anda yang kabur supaya tampak lebih jelas, manakala Vision Therapy pula dipreskripsikan untuk mengkoordinasi semula hubungan mata dan otak supaya maklumat visual dari proses belajar dan aktiviti harian yang diterima oleh mata dapat diproses dengan lebih efisien.

Pendek kata, Vision Therapy ialah rawatan alternatif kepada masalah-masalah seperti migraine, juling, mata malas, vertigo, kesukaran belajar, tekanan visual, kecederaan traumatik otak, dan pelbagai lagi termasuklah rawatan mata kabur!

Anda rasa mata anda bermasalah? Pandangan kabur atau cahaya silau memeningkan kepala anda?? Kalau begitu, apa yang anda tunggu-tunggu lagi? Tak elok dibiarkan lama-lama. Penyelesaian rawatan mata kabur yang anda cari ada di sini!

Kedai cermin mata Masdi Hazli Optometrist ini bertempat di No 167-G, Jalan PUJ 3/9, Taman Puncak Jalil, 43300, Seri Kembangan, Selangor dan dibuka setiap hari, termasuklah Sabtu dan Ahad. Ini memudahkan anda untuk menempah sesi rawatan pada bila-bila masa operasi.Jangan lupa hubungi Masdi Hazli Optometrist untuk rawatan mata kabur melalui Whatsapp+ di  0197505369, atau layari laman web mereka di http://masdihazliopto.com/. Selain itu, anda juga boleh dapatkan maklumat terkini melalui laman Facebook mereka, “Kedai Cermin Mata Masdi Hazli Puncak Jalil”.

0/5 (0 Reviews)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *