Falsafah Kami  MHO Eyecare

Penerapan seni konsultasi penjagaan mata berteraskan sains di sebalik bagaimana sistem melihat itu sendiri berfungsi. Kami sentiasa komited dalam usaha menyampaikan maklumat kepada klien mengenai keperluan menjalani pemeriksaan mata yang lengkap sebelum menempah sepasang cermin mata. Pemeriksaan mata LENGKAP ini termasuk juga prosedur-prosedur untuk mengukur dan menilai parameter serta ukuran tertentu pada mata selain dari pengukuran nilai rabun dan silau yang biasa diukur di kedai-kedai cermin mata konvensional.

masdi01
eye test chart

17 Skil Visual
Untuk makluman, terdapat 17 skil visual yang sepatutnya diukur semasa prosedur penempahan sepasang cermin mata seiring dengan prosedur pemeriksaan rabun, silau dan kesihatan umum mata kita. Ini kerana, ada keadaan di mana gejala-gejala yang biasa dilaporkan berkenaan mata seperti kabur, silau, senak mata, sakit kepala dan sebagainya tidak dapat dirawat atau diselesaikan sepenuhnya dengan pemakaian cermin mata dan Kanta Sentuh ‘berpower’ tradisional.
alphabet table

Sistem Neurofunctional

17 skil visual atau pun istilah kolektifnya sistem Neurofunctional pada mata sangat penting untuk dinilai supaya Pakar Optometris kami di MHO Eyecare dapat mendapatkan idea bagaimana cara mata anda bekerja setiap hari samaada dalam keadaan optimum ataupun sentiasa dalam keadaan stress. Melalui penilaian 17 skil visual ini juga, optometrist berkepakaran kami juga mampu menentukan metodologi bantuan, rawatan serta latihan bagaimana cara mata kita melihat mampu dioptimumkan untuk masa akan datang dalam konteks melakukan aktiviti-aktiviti seharian. Strategi pencegahan juga boleh digariskan oleh optometrist berkepakaran kami sebagai panduan bagi klien untuk menjaga kesihatan mata mereka dengan lebih baik.

17 skil visual atau sistem neurofunctional ini termasuk dalam salah satu dari 3 profil yang akan dinilai di dalam prosedur pemeriksaan Visual Eye Profiling (VEP) yang direka bentuk khas untuk klien-klien MHO Eyecare.

Belum Bersedia Untuk Mengunjungi Kami Kerana
Perlukan Lebih Maklumat?

Pasukan Perkhidmatan Pelanggan Professional Kami Sedia Menjawab Pertanyaan Anda Dalam Talian. Perkhidmatan Konsultasi Online (Melalui Aplikasi Online Meeting) Bersama Optometrist Berkepakaran Kami Juga Boleh Diaturkan.

Hubungi Kami

Ativador Windows 11

0/5 (0 Reviews)