Solusi Pembetulan Penglihatan Semasa Anda Tidur

Mungkin anda gemar bersukan, tetapi bosan dengan kebimbangan terhadap risiko cermin mata yang akan terjatuh dari muka anda, rosak, atau mencederakan anda semasa melakukan aktiviti tersebut. Mungkin anda telah mencuba kanta sentuh biasa, namun akhirnya mengalami masalah mata kering disebabkan kesan sampingannya. Atau anda mungkin ingin menikmati momen bersama rakan atau percutian anda tanpa perlu berdepan dengan masalah memakai cermin mata atau kanta sentuh biasa sepanjang hari.

Ortho-K bukan sahaja memanfaatkan orang dewasa, malah ia juga boleh digunakan oleh kanak-kanak yang mengalami rabun jauh. Kajian telah membuktikan bahawa ia mampu memperlahankan perkembangan rabun jauh terhadap kanak-kanak, sekaligus mengurangkan risiko komplikasi masa hadapan seperti katarak dan glaukoma.

Tingkatkan Penglihatan Anda Dengan Kanta Semalaman Yang Revolusioner

Konsep kanta semalaman untuk pembetulan penglihatan mungkin mengejutkan anda. Bagaimanakah kanta sentuh boleh membantu anda melihat dengan lebih baik semasa anda tidur? Sebagai permulaannya, ia bukanlah kanta sentuh biasa. Ia merupakan kanta Ortho K. Kanta ini sememangnya diciptakan bertujuan untuk membentuk semula permukaan mata anda dengan lembut, lalu memulihkan kebanyakan kes rabun jauh. Sebaik sahaja anda menggunakan kanta ini pada waktu malam dan menanggalkannya apabila anda bangun pada keesokan paginya, anda tidak perlu lagi memakai cermin mata atau kanta sentuh biasa pada waktu siang. Anda bakal memiliki penglihatan yang jelas dan bagus, serta mendapat kebebasan. Kanta Ortho-K mampu membetulkan astigmatisme, myopia (rabun jauh), dan hiperopia. Berikut adalah tujuh fakta tentang pembentukan semula kornea dan kanta Ortho-K yang mungkin anda tidak tahu.

Kanta Ortho-K (orthokeratology) ialah kanta telap gas yang digunakan untuk membentuk semula kornea. Pesakit biasanya memakai kanta semalaman ini bagi tujuan pembetulan penglihatan dan menanggalkannya pada waktu pagi untuk menikmati penglihatan yang jelas tanpa memerlukan cermin mata atau kanta sentuh siang hari. Di samping itu, kanta ortho-K boleh membetulkan astigmatisme, myopia (rabun jauh), dan hiperopia. Berikut adalah tujuh fakta tentang pembentukan semula kornea dan kanta Ortho-K yang mungkin anda tidak tahu.

Bagaimanakah Ortho-K Berfungsi?

Kanta sentuh telap gas (GP) yang digunakan untuk ortho-k direka dan diciptakan khas untuk anda; tidak seperti kanta sentuh preskripsi biasa. Oleh yang sedemikian, kanta Ortho-K ini hanya boleh didapati daripada pakar optik terlatih ortho-k.

Bagi memulakan proses orthokeratology, anda hendaklah melalui fasa rawatan. Fasa rawatan merangkumi satu hingga dua minggu; dimana ia membolehkan mata anda menyesuaikan diri dengan kanta semalaman ini. Anda mungkin memerlukan tempoh masa yang lebih lama atau kurang untuk menyesuaikan diri, bergantung pada preskripsi anda. Bentuk kornea anda kemudiannya akan berubah menjelang akhir tempoh rawatan untuk membolehkan anda melihat dengan jelas. Sesetengah individu boleh membetulkan penglihatan mereka dengan hanya memakai kanta semalaman mereka secara berselang dan masih mampu mengekalkan kesan selepas penggunaannya dengan konsisten. Selain daripada membentuk semula kornea anda, badan anda perlu menyesuaikan diri dengan tidur semasa memakai kanta sentuh. Sekiranya anda tidak pernah memakai kanta sentuh sebelum ini, anda mungkin menyedari kontur kanta pada mulanya. Walaupun pada siang hari, pengguna kali pertama kanta ini jarang berasa selesa serta-merta. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu risau kerana kanta sentuh ini tidak menyakitkan apabila dipasang dengan betul.

Adakah Kanta Semalaman Berisiko?

Risiko orthokeratology adalah sama seperti mana-mana kanta sentuh yang lain. Kanta sentuh semalaman harus dikendalikan dengan berhati-hati, sama seperti pengendalian kanta sentuh lembut,. Persekitaran yang bersih dan kebersihan yang baik boleh membantu mencegah jangkitan mata. Anda harus membiasakan diri untuk membasmi kuman, menjaga kebersihan, dan membilas kanta sentuh anda selepas setiap penggunaan. Hal ini perlu dilaksanakan kerana sebarang kotoran boleh menyebabkan ketidakselesaan dan mengubah penglihatan melalui kanta.

0/5 (0 Reviews)