Rawatan-Rawatan Kami
Di Klinik Vision Therapy Masdi Hazli Optometrist, kami amat komited dalam usaha membantu klien untuk mewujudkan dunia belajar dan bekerja yang berprestasi tinggi. Atas dasar 80% proses belajar dan menjalani aktiviti seharian berkait rapat dengan deria melihat, kami telah banyak membantu pelajar-pelajar serta individu di luar sana untuk belajar dan menikmati gaya hidup, dengan lebih seronok tanpa cepat rasa letih, pening kepala, dan yang penting, proses prestasi belajar dan bekerja menjadi lebih produktif.
Kaedah yang juga dipanggil Behavioural Visual Training ini diolah hasil dari kajian 60 tahun dalam bidang Sains Penglihatan (Vision Science) dan juga input dari kajian terkini dalam bidang Sains Fungsi Otak/Saraf (Neuroscience).
Jika cermin mata dipakai untuk beri jelas apa yang kita lihat, Vision Therapy pula dipreskripsikan untuk ‘calibrate’ kembali hubungan mata dan otak supaya maklumat visual dari proses belajar dan apa sahaja aktiviti harian yang diterima oleh mata diproses dengan lebih efisien oleh otak. Latihan yang diberikan akan memperbetulkan ‘software’ sistem visual dimana kepincangan ‘software’ inilah yang menyebabkan anak-anak susah belajar dan golongan yang terutamanya bekerja menggunakan peranti digital tidak mampu bertahan lama untuk meneruskan aktiviti harian.
Dari sisi lainnya, Vision Therapy adalah rawatan alternatif kepada kes-kes seperti JULING, MIGRAINE, VERTIGO, MATA MALAS, VISUAL STRESS, ‘LEARNING DIFFICULTIES’, ‘TRAUMATIC BRAIN INJURIES’ dan sebagainya.
Rawatan untuk mangsa ‘Traumatic Brain Injury (TBI)’ akibat kemalangan yang mengalami gejala seperti hilang keseimbangan badan dan Visual Stress.
Vision Therapy sebagai rawatan ‘Non-Invasive’ untuk masalah juling yang berpunca dari stress yang melampau pada sistem visual.
Belum Bersedia Untuk Mengunjungi Kami Kerana
Perlukan Lebih Maklumat?
Pasukan Perkhidmatan Pelanggan Professional Kami Sedia Menjawab Pertanyaan Anda Dalam Talian. Perkhidmatan Konsultasi Online (Melalui Aplikasi Online Meeting) Bersama Pakar Optometris Kami Juga Boleh Diaturkan.