Dimensi Baru Penjagaan Mata

Penubuhan MHO
MHO Eyecare telah bertapak dalam industri sejak tahun 2013 dan sejak itu tidak pernah lagi menoleh ke belakang dalam memberikan perkhidmatan penjagaan mata yang terbaik untuk komuniti.
DSC

Pengalaman Melebihi 15 Tahun

MHO Eyecare diuruskan oleh pakar Optometrist yang mempunyai berbelas-belas tahun pengalaman. Sistem dan Prosedur Klinikal, Konsultasi, Pemilihan Produk dan Perkhidmatan Pelanggan kami direka bentuk khas bagi mencapai matlamat memberikan kepuasan optimum kepada pelanggan hasil penyelidikan dan kerja keras pengasas MHO Eyecare, En. Masdi Hazli. Matlamat kami adalah untuk menawarkan perkhidmatan pakar rawatan mata pada tahap yang memuaskan kepada pelanggan kami.

Optomedik
Pengasas Kami

MHO Eyecare diasaskan oleh En. Mohd Masdi Hazli Adnan yang berasal dari Kuala Lumpur. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Optometri (Kepujian) dari UKM ini, berpengalaman luas selama 15 tahun dalam industri penjagaan mata dan mula membuka praktis beliau di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan pada tahun 2013 di bawah jenama Masdi Hazli Optometrist.

Walaupun semasa sebelum membuka praktis sendiri, beliau dari awal lagi amat obses dalam menyumbangkan buah fikiran dan tenaga beliau dalam merekacipta dan membangunkan sebuah kertas kerja konsep kedai cermin mata yang bakal memberikan pengalaman yang berbeza jika dibandingkan dengan norma konvensional sebuah praktis komersial cermin mata.

Demi untuk mengembangkan lagi kualiti khidmat nasihat di praktis beliau, pada awal tahun 2020, En. Masdi telah berkelana di Gold Coast, Australia untuk menimba ilmu berharga tentang teknik-teknik rawatan dan konsultasi terkini yang mampu memberi manfaat kepada pelanggan-pelanggan beliau. Di sini, beliau telah mendalami pengkhususan dalam bidang optometri yang dipanggil Vision Therapy.

Beliau yang juga salah seorang dari 400 ahli Australasian College of Behavioural Optometrist (ACBO) yang berpengkalan di Australia, kini melanjutkan pelajaran pasca siswazah (Masters) dalam pengkhususan Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Projek Tahun Akhir Pasca Siswazah beliau memberikan penumpuan kepada topik seputar kaitan perkembangan akademik kanak-kanak dengan perkembangan sistem visual.

Pasukan Kami
Pasukan kami terdiri dari 2 orang Optometrist graduan dari universiti tempatan dan 3 orang Konsultan Runding Cara di mana mereka terlatih dalam mengaplikasi SOP Holistik MHO Eyecare yang akan memberikan pengalaman dan dimensi yang berbeza dalam khidmat nasihat penjagaan mata.
Optomedik
Bukan sekadar cermin mata. Kami sentiasa komited dalam memastikan kualiti penglihatan anda kekal berprestasi tinggi sepanjang masa.
Antara Servis Dari Optometris Berkepakaran Kami
lazy-eyes
Rawatan Untuk ‘Mata Malas’ Untuk Semua Peringkat Umur
stress-eyes
Rawatan Masalah Visual Stress Yang Mengakibatkan Sakit Kepala, Migraine dan Vertigo
trauma-eyes
Rawatan Untuk Kesan Traumatic Brain Injury Yang Mengganggu Prestasi Visual
eye-study
Rawatan Masalah Pembelajaran Berkaitan
Dengan Sistem Visual
juling
Rawatan Non-Invasive Untuk Masalah Juling
Tanpa Ubatan Dan Pembedahan

Belum Bersedia Untuk Mengunjungi Kami Kerana
Perlukan Lebih Maklumat?

Pasukan Perkhidmatan Pelanggan Professional Kami Sedia Menjawab Pertanyaan Anda Dalam Talian. Perkhidmatan Konsultasi Online (Melalui Aplikasi Online Meeting) Bersama Pakar Optometris Kami Juga Boleh Diaturkan.

Hubungi Kami

ativador office 2016

0/5 (0 Reviews)